“Suara Fazura Memang Sedap, Cuma Pitching Lari Sikit”
Pelakon Rashidi Ishak berkata dia hanya sekadar menegur serta berkongsi pandangan sebagai rakan artis susulan kritikan diberikan terhadap nyanyian, Nur Fazura.
Memetik mStar Online, Rashidi berkata dia tiada niat untuk mengkritik kerana memahami aktres itu kurang pengalaman dalam membuat persembahan nyanyian secara langsung.
“Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka.
“Fazura mungkin kekurangan pengalaman dalam menyanyi secara live. Mana ada penyanyi yang lahir-lahir terus bagus, semua perlu berlatih dan dipelajari,” katanya.
Sementara itu, Rashidi berkata Fazura bertuah kerana dapat peluang membuat persembahan di Indonesia. Katanya lagi, perkongsianya itu sekadar pandangan peribadi seperti dilakukan pengguna media sosial lain.
“Saya hanya menulis di thread hanya berkongsi pendapat sahaja. Sama seperti pengguna media sosial lain, mereka akan meluahkan apa mereka rasa di platform tersebut.
“Fazura secara tidak langsung bawa nama Malaysia ke luar negara, susah peluang sebegitu untuk melebarkan sayap ke Indonesia,”katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source