60 individu positif dadah dicekup di pusat hiburan
KUALA LUMPUR – Seramai 60 individu ditahan polis setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, Sabtu minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan pukul 4.30 pagi, seramai 181 pengunjung telah menjalani ujian saringan awal air kencing.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seramai 60 individu didapati positif dadah dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
“Ia melibatkan 56 warga tempatan dan empat warga asing berusia antara 20 hingga 42 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kok Chin berkata, polis turut merampas sebanyak 393 gram (g) dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA), ketamin (22.9g) dan 0.8g ganja bernilai RM63,530.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana individu, termasuk orang kenamaan yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source