“Jangan Jadi Orang Seni Tak Ada Otak”
Pelakon dan pengacara Didie Alias menegur sikap segelintir pendatang baru yang terpalit dengan kontroversi murahan sehingga mencemarkan nama baik industri hiburan.
Memetik HibGlam, pelakon berusia 52 tahun itu berkata jika mahu masuk dalam dunia hiburan perlu menjaga nama baik diri, keluarga serta industri.
“Kena fikir impak tindakan kita, lebih-lebih lagi terhadap keluarga seperti isteri, anak, ibu bapa. Apa perasaan mereka jika kita buat sesuatu yang memalukan?” katanya.
Sementara itu, Didie turut menjadikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai contoh kerana sejak dari awal penglibatannya pandai membawa diri.
“Siti Nurhaliza adalah contoh terbaik. Dari usia belasan tahun, dia sudah pandai membawa diri sehingga kini diiktiraf sebagai Biduanita Negara.
“Saya sendiri sudah hampir empat dekad dalam bidang seni. Walaupun ramai selebriti baharu yang lebih muda dan cantik, alhamdulillah saya masih bertahan dengan identiti sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Didie turut memberi pendapat jika dahulu mereka yang mahu masuk dalam industri perlu melalui uji bakat namun kini seseorang itu boleh popular dalam masa yang singkat.
“Dulu nak masuk industri susah. Kena uji bakat, lalui pelbagai halangan. Sekarang ini, viral satu isu terus jadi pelakon atau pelawak.
“Tapi apa yang kau tinggalkan? Bukan kenangan manis, tapi kenangan pahit. Kesimpulannya, jangan jadi orang seni tak ada otak, pegang tanggungjawab itu tak kisahlah kau popular atau sendu,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source