Mahkamah Tinggi Kekalkan Hukuman 7 Tahun Penjara dan Sebatan Terhadap Syed Saddiq
Menurut Mahkamah Tinggi, hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram adalah tidak keterlaluan.
Hakim Azhar Abdul Hamid berkata mahkamah mengambil kira status Syed Saddiq sebagai tokoh masyarakat bagi golongan muda apabila menjatuhkan hukuman.
Tertuduh (Syed Saddiq) sepatutnya menunjukkan contoh lebih baik dan menjadi suri teladan bagi golongan muda.
Memandangkan ini kesalahan pertamanya, dia masih ada masa untuk membetulkan kesilapannya dan muhasabah atas apa yang berlaku.
Menurut Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Muar itu turut dikenakan denda sebanyak RM10 juta.
Terdahulu, Syed Saddiq yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu didapati bersalah atas satu tuduhan pecah amanah yang membabitkan lebih RM1 juta milik sayap itu serta satu lagi tuduhan menyalahgunakan harta berjumlah lebih RM120,000 juga milik Pemuda Bersatu.
Syed Saddiq juga disabitkan bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram kerana telah memindahkan sejumlah RM100,000 ke akaun peribadinya daripada sebuah syarikat, Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) yang juga dikaitkan dengan Pemuda Bersatu.
Bagi tuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan harta, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga dan dua tahun.
Dia turut dijatuhkan hukuman dua tahun bagi setiap tuduhan pengubahan wang haram.
Namun, dia hanya perlu dipenjarakan lima tahun kerana kesemua hukuman berjalan serentak.
Azhar berkata bekas menteri belia dan sukan itu mengarahkan dua ahli parti untuk mengeluarkan RM1 juta tanpa kebenaran pucuk pimpinan Bersatu.
Hakim itu turut berkata, mahkamah tidak boleh menerima pembelaan Syed Saddiq bahawa dia tidak pernah mengarahkan ahli-ahli tersebut untuk mengeluarkan wang RM1 juta itu dan turut menafikan dia tahu tentang perkara itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source