Mangsa banjir di Kelantan meningkat 82,256 orang
KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 82,256 orang yang ditempatkan di 279 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 buah daerah.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada 25,378 keluarga.
Katanya, daerah Pasir Mas kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas setakat ini apabila seramai 25,826 mangsa sedang berlindung di 61 buah PPS.
“Seramai 13,429 mangsa daripada 4,159 keluarga sedang berlindung di 26 buah PPS di Tumpat.
“Kota Bharu pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 11,411 orang, Pasir Puteh (8,393), Kuala Krai (5,890), Machang (5,734), Bachok(5,631), Tanah Merah (4,856), Jeli (1,055) dan Gua Musang (31),” ujarnya.
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, 10 sungai utama di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya.
Sungai tersebut ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Lanas (Jeli), Sungai Kelantan (Kursial Baru, Tanah Merah), Sungai Kelantan (Kursial,Tanah Merah), Sungai Kelantan (Temangan, Machang), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Kelantan (Tambatan Diraja, Kota Bharu), Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat), Sungai Melor di Jambatan Melor (Bachok) dan Sungai Semerak (Pasir Puteh). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source