Mangsa banjir meningkat lebih 130,000 orang di 9 negeri
PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Perlis, Melaka, Johor dan Perak terus meningkat kepada 131,566 orang daripada 39,532 keluarga setakat pukul 12.30 tengah hari ini.
Ketika ini, sebanyak 712 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara.
Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan kekal sebagai negeri tertinggi merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 85,962 orang membabitkan 26,545 keluarga di 284 PPS sekitar 10 daerah.
Sementara itu, di Terengganu, seramai 36,434 mangsa banjir membabitkan 10,234 keluarga sedang berlindung di 335 PPS yang beroperasi di lapan daerah, manakala di Kedah, 51 PPS dibuka di enam daerah yang menempatkan 5,430 mangsa banjir daripada 1,705 keluarga.
Di Negeri Sembilan pula, 2,148 mangsa membabitkan 611 keluarga di empat daerah kini ditempatkan di 21 PPS.
Sementara itu, di Perlis sebanyak empat PPS dibuka bagi menempatkan seramai 492 mangsa daripada 146 keluarga di tiga daerah.
Selain itu, satu PPS dibuka di Perak membabitkan satu daerah bagi menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga, manakala 389 mangsa kini berlindung di sembilan PPS dalam dua daerah di Johor.
Di Selangor, 468 mangsa daripada 105 keluarga dan kesemua mereka berlindung di dua PPS (satu daerah), serta seramai 226 mangsa (63 keluarga) menumpang teduh di lima PPS yang dibuka di Melaka (tiga daerah). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source