Cikgu mahu bersih nama ‘terlibat’ jenayah rugi RM243,000
JOHOR BAHRU – Seorang guru yang panik mengalami kerugian RM243,000 selepas dituduh sindiket penipuan kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kes itu berlaku apabila mangsa yang berusia 39 tahun menerima panggilan telefon pada 5 November lalu.
“Mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan (NFCC).
“Suspek memberitahu akaun bank mangsa terlibat dalam aktiviti penipuan. Bagi meyakinkan mangsa panggilan telefon disambungkan kepada individu kedua yang mengaku sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Sohaimi berkata, mangsa kemudian diberitahu namanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram sebelum diminta untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan suspek untuk tujuan audit dan pembersihan rekod.
Percaya dengan kata-kata suspek, mangsa membuat sembilan transaksi wang ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM243,000 antara 5 sehingga 23 November lalu.
“Mangsa menyedari ditipu apabila terus didesak suspek untuk membuat pembayaran tambahan lalu mangsa tampil membuat laporan polis,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source