Rumah pusaka usia 40 tahun musnah terbakar
REMBAU – Sebuah keluarga sebak apabila rumah pusaka yang didiami berusia 40 tahun musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Rendah, di sini, petang tadi.
Rozila Zainal Abidin, 48, berkata, ketika kejadian, dia bersama ibunya, Norbi Doya, 73, dan kakak sulungnya dalam perjalanan pulang ke rumah dan sebaik menghampiri persimpangan lorong rumah dia ternampak asap berkepul-kepul.
“Saya cakap dengan mak, asap macam dari rumah mak. Mak terkejut sebaik sampai di rumah. Sekelip mata sahaja, api mulai marak dan memusnahkan rumah pusaka kayu dan batu ini.
“Mujurlah ketika kejadian ada dua anak kakak saya berusia 22 dan 25 tahun sempat keluar dari rumah serta menyelamatkan kenderaan dari terbakar.
“Buat sementara waktu, mak, kakak serta dua anaknya akan tinggal bersama saya berikutan kediaman ini sudah musnah sepenuhnya ,” katanya ketika ditemui di lokasi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhamad Khairul Yahaya berkata, pihaknya bersama balai bantuan BBP Kota segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 5.46 petang.
“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar pukul 6.27 petang dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian terbabit,” katanya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source