Saya tak nampak MKT tidak setuju rayuan Tajuddin – Ahmad Zahid
SHAH ALAM – Keputusan penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dibuat berdasarkan kesungguhan dan kesetiaan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak kepada UMNO.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, berdasarkan rekod turut menunjukkan Tajuddin telah menghantar surat rayuan sebanyak empat kali selepas digantung bermula September 2022.
“Beliau (Tajuddin) telah datang memperlihatkan dokongannya sewaktu Pilihan Raya Negeri Kecil (PRK) Nenggiri dan Mahkota selain hadir pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.
“Saya tidak nampak kenapa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak bersetuju dengan rayuan beliau.
“Jika ada lain-lain ahli yang melakukan tindakan sama sepertimana dibuktikan oleh Tajuddin, saya tidak nampak jika Ahli MKT juga tidak boleh melakukan keputusan yang sama,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor, hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan MKT UMNO sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.
Perkara tersebut diumumkan Setiusaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dengan keputusan tersebut dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.
Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti antara lain berkait tempoh masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Surat keputusan yang bertarikh 21 Jun 2022 juga tular di media sosial. -KOSMO!ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source