Skuad campuran Harimau Malaya kena buktikan kemampuan
PETALING JAYA: Skuad campuran pemain muda dan senior bagi mengharungi saingan Piala ASEAN 2024 perlu membuktikan mereka betul-betul layak untuk mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Biarpun digelar pasukan ‘eksperimen’, rata-rata pemain yang dipilih adalah yang terbaik yang Malaysia miliki sekarang berdasarkan pemerhatian dan penilaian ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente.
Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, skuad yang ditampilkan kali ini perlu bersedia dalam soal fizikal dan mental kerana bakal membawa cabaran mengharumkan nama negara.
“Kita kena berfikir secara positif, Pau Marti tidak dapat panggil pemain yang diinginkan kerana tidak dapat pelepasan daripada pasukan masing-masing, liga kita juga masih berjalan dan kejohanan di luar kalendar FIFA.
“Semua ini perlu diambil kira. Jadi, Pau Marti kena terima pemain yang dilepaskan sahaja. Saya nampak, macam orang dulu-dulu kata, ‘tiada rotan, akar pun berguna’. Itu situasi yang kita hadapi sekarang.
“Dalam masa yang sama, para peminat juga jangan harapkan sesuatu luar biasa daripada kem Harimau Malaya dalam kejohanan kali ini. Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak beraksi sehabis baik,” katanya.
Terdahulu, Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gabungan pemain muda dan senior bagi mengharungi saingan Piala ASEAN 2024 yang dijadualkan bermula 8 Disember ini.
Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seramai lima pemain muda diberikan kepercayaan untuk beraksi di kejohanan tersebut.
Antara pemain muda yang disenaraikan adalah Haqimi Azim Rosli, Fergus Tierney, Najmudin Akmal Kamal Akmal, Daryl Sham George dan Muhammad Abu Khalil.
Skuad berkenaan turut menampilkan muka baharu lain seperti Danial Amier Norhisham, Jimmy Raymond dan Harith Samsuri.
Piala ASEAN 2024 menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor-Leste.
Kumpulan B menampilkan naib juara edisi terdahulu, Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.
Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir kejohanan itu.
Skuad Harimau Malaya dijadual melapor diri di Kelana Jaya pada Khamis ini sebelum berlepas ke Phnom Penh, bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan A menentang Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada 8 Disember.
Seterusnya, mereka akan pulang ke tanah air untuk perlawanan kedua menentang Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember sebelum berlepas ke Bangkok bagi perlawanan menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok tiga hari kemudian.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source