10 pemain Botafogo julang Copa Libertadores
BUENOS AIRES – Botafogo berjaya menjulang gelaran pertama Copa Libertadores selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Atletico Mineiro pada aksi final di Estadio Monumental yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina awal pagi semalam.
Menariknya, Botafogo mengesahkan kejuaraan sulung itu dengan hanya bermain 10 orang disebabkan kad merah diterima pemain tengahnya, Gregore seawal minit kedua permainan selepas melakukan kekasaran terhadap Fausto Vera.
Bagaimanapun, situasi itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mineiro biarpun menguasai 80 peratus penguasaan padang dengan 22 keseluruhan percubaan sepanjang 90 minit aksi tersebut.
Sebaliknya, pendahulu Serie A Brazil itu yang berjaya membuka tirai jaringan menerusi Thiago Almada pada minit ke-35 sebelum bekas pertahanan Manchester United, Alex Telles menyempurnakan sepakan penalti di penghujung babak pertama.
Meskipun Eduargo Vargas meledak satu gol buat Mineiro di permulaan babak kedua tetapi ia tidak menjejaskan Botafogo yang memastikan kemenangan menerusi jaringan ketiga daripada Junior Santos pada penghujung perlawanan.
Kemenangan itu secara tidak langsung mengesahkan tempat buat skuad bimbingan Arthur Jorge itu ke saingan Piala Kelab Dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS) bermula 15 Jun tahun depan.
Botafogo menyertai tiga kelab Brazil, Palmeiras, Flamengo dan Fluminense selain dua wakil Argentina, River Plate serta Boca Juniors mewakili Amerika Selatan bersaing dengan 26 lagi pasukan dari lima benua lain pada kejohanan itu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source