Piala Malaysia: KDA telah berikan segala-galanya
PENGENDALI sementara Kedah Darul Aman (KDA) FC, Victor Andrag mengakui dirinya sentiasa diselubungi teka-teki setiap hari hingga menyukarkan barisan kejurulatihan merangka perancangan terbaik buat pasukan.
Victor menjelaskan beliau tidak mampu untuk menetapkan sebarang perancangan kerana hanya mengetahui kesediaan pemain untuk beraksi pada saat akhir ekoran ada di antara mereka tidak turun latihan disebabkan tidak menerima gaji.
“Senario kini berbeza kerana semua orang tahu kesukaran yang dihadapi, jadi saya sendiri tidak pasti. Kita nak harap pemain turun berlatih pun sudah tahu apa sedang berlaku.
“Jadi setiap hari turun padang baru tahu berapa ramai pemain yang turun dan sejujurnya ia kerja yang cukup sukar buat saya,” katanya.
Walaupun menang 3-2 dalam aksi pertama di Alor Setar pada 22 November lalu, KDA nyata tidak mampu menyekat kebangkitan Kuala Lumpur (KL) City FC yang menang 4-1 dalam aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Perlawanan itu juga adalah penampilan terakhir bintang importnya, Sony Norde yang akan meninggalkan pasukan dalam keadaan paling kritikal selepas kehilangan Sang Kenari sebelum ini turut kehilangan khidmat ketua jurulatih, Nafuzi Zain.
“Saya perlu hormat pemain apabila bermain dengan cukup cemerlang pada aksi pertama tetapi di sini saya terpaksa buat perubahan. Walaupun akur dengan keputusan ini, kita dapat melihat persembahan positif daripada pemain,” jelas Victor. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source