Sri Pahang mara, singkir Gergasi Merah
PETALING JAYA – Misi skuad Selangor FC untuk menjulang trofi pada musim ini semakin sukar selepas tersingkir pada kempen Piala Malaysia selepas tewas agregat 2-3 kepada Sri Pahang pada pusingan 16 terbaik.
Pada aksi kedua di Stadium MBPJ itu, skuad Selangor dan Sri Pahang memulakan perlawanan dengan seimbang selepas terikat 1-1 pada pusingan pertama di Temerloh minggu lalu.
Skuad Gergasi Merah terlebih dahulu tertekan apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Manuel Hidalgo seawal minit ke-23.
Selangor FC terpaksa menunggu hingga minit ke-77 untuk meraih gol penyamaan hasil tandukan kapten, Safuwan Baharudin selepas menerima hantaran Alvin Fortes.
Bagaimanapun, kegembiraan Selangor FC tidak bertahan lama selepas dibolosi sekali lagi hasil sepakan penalti dengan kini giliran Sergio Aguero mencetak nama selaku penjaring.
Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan dan Tok Gajah bakal bertemu Perak FC di pentas suku akhir nanti.
Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut yang dialami pengendali baharu, Katsuhito Kinoshi selepas turut tumbang 1-2 di tangan Muangthong United pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Khamis lepas. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source