Pegawai kanan 1MDB bersekongkol dengan Jho Low dijadikan saksi pendakwaan – Najib
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beberapa pegawai kanan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkonspirasi dengan Low Taek Jho atau Jho Low bagi melakukan salah laku dan penyelewengan dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Pada masa sama, mereka turut dipanggil sebagai saksi-saksi pendakwaan berkonspirasi dengan ahli perniagaan dalam buruan itu kerana sering mengadakan pertemuan di rumah beliau (Jho Low).
Najib menyatakan, dia sendiri tidak pernah ke rumah Jho Low atau mengetahui kediamannya di Jalan Kia Peng di sini.
Sebelum ini, Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya menyatakan, semua keputusan besar melibatkan 1MDB disampaikan kepada beliau oleh Jho Low melalui emel selain mengadakan pertemuan di rumahnya di Jalan Kia Peng bagi mengetahui tindakan susulan yang perlu dilakukan.
Mahkamah sebelum ini pernah diberitahu mengenai budaya kerja secara silo (kerja dalam komuniti) dan `pendekatan dari atas ke bawah’ di mana mereka percaya arahan atau pelan tindakan daripada Jho Low mendapat restu dan persetujuan daripada Najib, dan mesti dilaksanakan.
Sementara itu dalam isu lain, Najib turut menyatakan tiada tindakan diambil terhadap bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meskipun berbilion dollar yang didakwa sebagai wang rasuah mencurah masuk ke negara ini dalam tempoh semalaman dengan kelulusan bank pusat itu.
Najib mendakwa, sebanyak AS$8.2 juta diterima oleh suami beliau, Tawfiq Aiman melalui campur tangan Low Taek Jho atau Jho Low.
Najib memberitahu perkara itu didedahkan hasil keterangan bersumpah seorang pegawai bank, Tim Leissner dalam satu perbicaraan di Amerika Syarikat (AS).
Ujar Najib, keterangan Tim mendedahkan bahawa suami Zeti, memanfaatkan kedudukan isterinya bagi memudahkan proses kelulusan sebagai pertukaran untuk rasuah.
Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok.
Najib, 71, memilih menjawab semua 25 pertuduhan tersebut melalui keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source