Semua PPS di Raub dan Jerantut ditutup, mangsa pulang ke rumah
RAUB – Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila kesemua 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Raub dan Jerantut ditutup dan kesemua 1,839 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Susulan itu sehingga pukul 1 tengah hari ini, hanya 13 mangsa daripada empat keluarga direkodkan di negeri ini yang masih ditempatkan di sebuah PPS di daerah Lipis.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, sebanyak 20 PPS di daerah Raub ditutup sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.
“Selain itu kesemua lima PPS yang dibuka di daerah Jerantut juga telah ditutup kira-kira pukul 12 tengah hari ini selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.
“Namun begitu APM masih terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa memandangkan kita masih dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL),”katanya di sini hari ini.
Tambahnya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan terus dibuka di pejabat APM untuk tujuan pemantauan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source