Warga asing didenda tawar pelaburan palsu
IPOH: Seorang lelaki warga emas yang ditahan sebelum ini kerana membakar tiga pelantar ikan di Pantai Remis Ahad lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.
Tertuduh, Chew Chai Lai, 64, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api menggunakan minyak petrol dengan niat untuk menyebabkan kerosakan tiga pelantar ikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Pelantar, Pantai Remis di daerah Manjung sekitar pukul 1 pagi pada 1 Disember 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak sampai 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. M. Moganaraj Mithra manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding berkenaan, Azizah memerintahkan Chai Lai dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan kesihatan mental kerana dilihat sering bercakap sepanjang prosiding dijalankan.
Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan kejadian kebakaran tiga pelantar ikan di mana rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati punca kebakaran itu akibat perbuatan khianat oleh individu yang dikenali pemilik premis.
Menerusi rakaman berkenaan, suspek didapati membakar pelantar tersebut menggunakan bahan bakar dipercayai petrol kira-kira pukul 1 pagi sebelum melarikan diri. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source