71 kes maut direkod di tapak pembinaan
CYBERJAYA: Sebanyak 71 kematian direkodkan akibat kemalangan di tapak pembinaan di seluruh negara bagi tempoh antara Januari hingga September tahun ini.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Mohd Hatta Zakaria berkata, daripada jumlah itu, 21 kematian direkodkan akibat jatuh dari tempat tinggi.
Beliau berkata, mengikut pecahan pekerja, 16 kematian membabitkan pekerja asing, manakala lima kematian membabitkan pekerja tempatan.
“Sepanjang tahun lalu sebanyak 1,114 kes terjatuh dari tempat tinggi dilaporkan kepada JKKP membabitkan 203 individu cedera dan mengakibatkan 68 kematian,” katanya selepas menyertai operasi pemeriksaan di sebuah tapak pembinaan di sekitar Cyberjaya, di sini hari ini.
Katanya, pihaknya kini dalam usaha mengurangkan angka kematian di tapak pembinaan menerusi pelaksanaan tiga siri Operasi Tapak Pembinaan (OTP) di seluruh negara bermula Februari lalu.
Mohd Hatta berkata, siri pertama OTP dengan ‘Tapak Selamat, Tiada Jatuh Lagi’ itu membabitkan 133 tapak pembinaan bermula 27 Februari hingga 6 Mac lalu.
Menurutnya, menerusi operasi itu, JKKP akan mengeluarkan notis kepada pemilik tapak pembinaan berkenaan dan mengarahkan mereka untuk menambah baik ciri keselamatan di tapak berkenaan secepat mungkin.
“Bagi siri dua OTP pula, 192 tapak pembinaan diperiksa yang memberi fokus kepada pindaan baharu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022, bermula 2 hingga 13 September lalu. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source