Mangsa banjir Kelantan menurun kepada 22,558 orang
KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini menurun kepada 22,558 orang berbanding 33,892 pada semalam.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 7,283 keluarga itu ditempatkan di 50 buah pps di empat buah daerah
Menurutnya, bagaimanapun, satu pps baharu dibuka masing-masing di Kuala Krai dan Jeli susulan hujan lebat pada malam tadi.
“Seramai 22 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mahligai, Kuala Krai dan 19 mangsa melibatkan empat keluarga di SK Kuala Balah, Jeli.
“Selain itu, Tumpat masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan 13,049 orang daripada 4,070 keluarga diikuti Pasir Mas iaitu seramai 9,468 orang,” katanya.
Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat masih mencatatkan paras bahaya manakala Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai berada pada tahap waspada. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source