“Rasa Seperti Hamba…Teruskan Perkahwinan Dengan Harapan Suami Berubah”
Pelakon Zahnita Wilson mendedahkan dia sudah lama sembunyikan mengenai penderitaannya selama 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Zahnita berkata dia harus bangkit demi anak-anaknya serta tidak mahu mereka melalui perkara sama sepertinya.
Menurut Zahnita dia melalui epidod sengsara dalam rumah tangga di awal perkahwinan namun berharap suaminya akan berubah. Dedah Zahnita lagi, sepanjang perkahwinan dia didera secara fizikal dan mental.
“Saya masih muda ketika itu. Jadi saya teruskan perkahwinan saya dengan harapan suami akan berubah. Selepas 13 tahun hidup bersama, baru saya sedar dengan lelaki jenis apa yang sedang saya lalui kehidupan bersama. Saya tahu akan jadi semakin sukar untuk saya bebaskan diri daripadanya.
“Selama hidup dengannya saya didera secara fizikal dan mental. Saya sering dikatakan ibu yang tidak baik. Disebabkan itu juga saya tinggalkan karier saya,” katanya.
Kata Zahnita lagi, dia merasakan dirinya seperti hamba dan suaminya pernah meminta maaf diatas apa yang berlaku namun tetap perlakukan perkara yang sama terhadapnya.
“Saya pernah beritahu dia (suami) izinkan saya keluar dari rumah, saya janji tak akan laporkan kepada polis apa yang berlaku.
“Dia pernah minta maaf, tetapi keesokan harinya dia tetap lakukan perkara yang sama. Saya rasa seperti hamba. Kenapa dia buat macam ni kepada saya?
“Saya macam tak percaya ini adalah kehidupan saya. Tetapi saya perlu hadap kerana ini adalah takdir saya. Saya buat keputusan yang salah dalam hidup saya, saya perlu laluinya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source