AS umum bantuan ketenteraan tambahan RM4.6 bilion ke Ukraine
WASHINGTON : Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin mengumumkan bantuan ketenteraan tambahan hampir AS$1 bilion (RM4.6 bilion) kepada Ukraine bagi membantu negara itu menangkis serangan berterusan daripada Russia.
Pakej bantuan bernilai AS$988 juta itu diumumkan selepas bantuan ketenteraan lain sebanyak AS$725 juta, pada 2 Disember lalu.
Bantuan baharu itu merangkumi dron dan peluru untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARs) yang pernah dibekalkan sebelum ini.
Secara keseluruhan, AS telah memberikan bantuan ketenteraan sebanyak AS$62 bilion kepada Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan berskala penuh pada Februari 2022.
Namun, bantuan ini diumumkan menjelang penghujung pentadbiran Presiden Joe Biden, yang akan tamat pada 20 Januari depan.
Sokongan AS kepada Ukraine masih menjadi tanda tanya ketika Trump bakal mengambil alih pentadbiran negara,
memandangkan beliau sebelum ini mengancam untuk menghentikan pembiayaan kepada Ukraine dan beberapa perikatan ketenteraan lain termasuk NATO.
Bercakap semasa pertemuan pegawai keselamatan negara di Perpustakaan Presiden Ronald Reagan di California, Austin menyentuh mengenai ketidaktentuan masa depan tersebut.
“Pentadbiran ini telah membuat pilihannya. Begitu juga gabungan dwipartisan di Kongres. Pentadbiran seterusnya perlu membuat pilihan mereka sendiri,” kata Austin.
Biden sebelum ini menggunakan perintah Eksekutif sebaagai Presiden untuk mengeluarkan lebihan bahan pertahanan dari stok simpanan AS bagi dihantar ke Ukraine tanpa memerlukan kelulusan Kongres.
Kira-kira AS$6 bilion lagi masih berada dalam kawalan Presiden di bawah kuasa tersebut.
Bagaimanapun, pakej AS$988 juta yang diumumkan pada Sabtu adalah sebahagian daripada baki AS$2.21 bilion dalam Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine (Ukraine Security Assistance Initiative – USAI), yang membolehkan pembelian sistem senjata dan bekalan ketenteraan untuk jangka masa panjang. -AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source