Pelakon ‘Mat Saleh’ Johan Abdullah meninggal dunia
SEREMBAN – Pelakon yang kerap memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75 meninggal dunia malam tadi akibat jangkitan kuman dalam darah.
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, berkata, Allahyarham Johan disahkan meninggal dunia pukul 7.20 malam di Hospital Tuanku Jaafar di sini.
“Sebenarnya dalam seminggu ini arwah tak mahu makan melainkan hanya minum susu saja dan disebabkan itu badannya semakin lemah.
“Pada pukul 12 tengah hari tadi dia masih boleh duduk, tapi tiba-tiba pada pukul 3 petang nafasnya mula tercunggap-cunggap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Sarepah, Allahyarham telah dibawa ke hospital selepas jirannya menghubungi pihak ambulans.
Sarepah berkata, selepas lebih kurang 40 minit dirawat di zon kecemasan, arwah diberi bantuan pernafasan dan diberitahu oleh doktor terdapat jangkitan kuman dalam darahnya.
“Rabu depan sepatutnya arwah ada rawatan susulan berkenaan radang usus, tapi nampaknya tak sempat.
“Arwah ini ada pelbagai penyakit iaitu penyakit angin ahmar, parkinson, jantung, keradangan usus dan otak mengecut,” katanya yang masih terkejut dengan pemergian suaminya.
Katanya, arwah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale pada pukul 11.30 pagi esok. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source