Kes dera di taska melibatkan premis tidak berdaftar
KUALA LUMPUR – Kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska kebanyakannya melibatkan premis tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bahkan tidak diketahui kewujudannya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, sekiranya taska tersebut berdaftar atau tidak berdaftar, tetapi diketahui dalam senarai JKM, notis peringatan boleh dikeluarkan terlebih dahulu.
“Memang kita rakyat Malaysia kadang berasa marah apabila dengar sebarang kes penderaan terhadap kanak-kanak. Memang kami di kementerian akui masih terdapat kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di taska.
“Tapi kebanyakan kes berlaku, kes (taska) tak berdaftar dan tak diketahui wujud pun oleh kementerian.
“Kalau mereka daftar kementerian (atau) kalau taska tidak berdaftar itu ada dalam senarai JKM, notis peringatan kita keluarkan dan mereka tidak beroperasi sehingga selesai pendaftaran,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) hari ini.
Dalam pada itu, Noraini berkata, sebanyak 4,424 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sehingga Ogos 2024 dengan tiga kes berlaku di taska.
“Hanya tiga kes sahaja dilaporkan di taska, manakala lain-lain kes berlaku di tangan orang dikenali oleh kanak-kanak itu sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source