45 minit tahan azab, kaki tertindih bawah tayar
KLUANG – Seorang lelaki terpaksa manahan azab hampir 40 minit selepas kedua-dua kakinya tertindih tayar lori dipandunya yang menGgelonsor kehadapan akibat dilanggar sebuah lori lain yang datang dari belakang dalam kejadian di Kilometer 53.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian pada pukul 1.57 tengah hari itu melibatkan dua buah lori masing-masing dipandu oleh Subramaniam Padmanathan, 46, dan Mohd Izuan Mamat, 38.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas lori Jenis Nissan dipandu Subramanian mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan dengan bahagian belakang lori terkeluar di lorong kiri namun tidak memasang kon amaran.
“Dalam masa sama, Lori Jenis Penggerak Utama dipandu Mohd Izuan yang datang dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori Nissan itu.
“Akibat kejadian itu, Mohd Izuan tersepit di tempat duduk pemandu manakala Subramanian yang turun untuk memeriksa kerosakan telah tersepit di bawah tayar hadapan kanan dalam kawasan longkang bahu jalan kiri,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Menurut Bahrin, akibat kejadian itu, Subramanian mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua kakinya patah manakala Mohd Izuan cedera luka-luka di kaki serta tangan.
Ujarnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I, Abd Rahim Taufik dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai berkata, pihaknya sampai di lokasi kejadian pada pukul 3.15 petang selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 2.24 petang.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source