Fattah Amin Dah Balas LOD Daripada Nur Fazura Berkenaan Isu Kereta, Serah Pada Peguam Untuk Tindakan Lanjut
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin memaklumkan dia sudah menerima dan membalas notis tuntutan (LOD) daripada bekas isteri, Nur Fazura berhubung kenyataan berkenaan isu kenderaan.
Ujar Fattah, dia menyerahkan urusan tersebut kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Perkara itu sedang diuruskan oleh peguam saya. Peguam saya akan membalas LOD itu. LOD itu saya terima sebelum saya berangkat ke umrah, pada November lalu.
Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.
Setakat ini itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah.
Dia walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan notis itu kerana menganggapnya sebagai hal peribadi.
Terdahulu, Fazura berkata dia menghadiahkan sebuah kereta kepada Fattah namun dinafikan pelakon Pendekar Awang : Darah Indera Gajah itu.
Fattah menegaskan kereta itu bukanlah hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji.
Fattah dan Fazura sah bercerai pada Oktober 2024 setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source