“Kenapa Perlu Pilih Antara Jaga Aib Atau Memperjuangkan Hak? Mangsa Perlu Disokong Bukan…” – Diana Danielle
Pelakon Diana Danielle menerusi satu podcast meminta orang ramai untuk berhenti menuntut wanita yang dianiaya dalam rumah tangga merahsiakan masalah mereka demi menjaga aib pasangan.
Tegas Diana, sikap seperti itu hanya menyebabkan mereka-mereka ini tertekan kerana tidak diberi peluang untuk meluahkan masalah mereka.
Mengambil contoh kisah pelakon Zahnita yang akhirnya berkongsi pengalaman terlibat dalam keganasan rumah tangga, Diana berkata ia amatlah penting dalam mencari keadilan.
Mereka hanya mahu pembelaan dan ingin didengari sebelum perkara lebih buruk, seperti kehilangan nyawa berlaku.
Masyarakat sering menyuruh wanita bersabar walaupun mereka menjadi mangsa, dengan keyakian bahawa suami akan berubah suatu hari nanti. Tetapi perubahan itu harus datang daripada si pelaku sendiri.
Isteri kepada pelakon Farid Kamil itu juga meminta orang ramai agar berhenti memberi nasihat untuk sekadar sabar atau fikirkan anak-anak tanpa mengetahui situasi sebenar.
Kalau tak tahu cerita penuh, jangan beri motivasi yang salah. Kenapa perlu pilih antara menjaga aib atau memperjuangkan hak? Mangsa perlu disokong, bukan dibebankan dengan pandangan yang salah.
Kita perlu ubah cara pandang masyarakat yang masih keliru antara menjaga aib dan memperjuangkan keadailan. Semua mangsa berhak bersuara dan mendapatkan hak mereka.
Difahamkan, Diana Danielle tampil membincangkan isu-isu semasa dari segi pemerkasaan wanita di satu Podcast diberi nama Kata Kita bersama-sama hos, Nani Roc.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source