Netizen Dakwa Ina Naim Berubah Lepas Kahwin
Baru-baru ini, penyanyi Ina Naim menjawab tentang kehidupan peribadinya apabila ada yang bertanyakan mengenai pekerjaan suaminya, Mohd Khairul Rizal.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ina menjawab persoalan netizen yang menyangka suamiya tidak bekerja. Bagaimanapun, Ina memaklumkan suaminya bekerja sebagai konsultan.
“Suami sekarang ni, dia engineering consultant jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat. Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman covid pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa zaman sekarang.
“Yang dulu (Allahyarham Suhaimi Saad) dia selebriti dan penulis lirik. Jangan tanya suami saya kerja apa. Suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja,” katanya.
Bagaimanapun, diruangan komen ada segelintir netizen yang kurang senang dengan respon Ina yang dianggap kasar dan terlalu lantang.
Malah, ada yang membandingkan keperibadian Ina sebelum ini yang lembut, tidak banyak cakap berbeza serta mendakwa penyanyi itu berubah selepas berkahwin.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source