RM46.8 juta tingkat perkhidmatan bekalan air Perlis
KANGAR: Kerajaan negeri memperuntukan RM46.8 juta menerusi Belanjawan Perlis 2025 bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan bekalan air terawat di negeri ini terus dipertingkatkan.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, jumlah yang diperuntukkan itu adalah bagi pelaksanaan Projek Mitigasi Air Jangka Sederhana yang akan memasuki tahun akhir pelaksanaan pada tahun hadapan melibatkan tiga projek.
Katanya, satu daripada projek itu melibatkan kerja menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Arau, Fasa IV juga telah siap sepenuhnya pada tahun ini.
“Baki dua lagi projek iaitu Projek Menaik Taraf Pam Air Mentah dan Pam Air Bersih Bertekanan Tinggi di LRA Fasa I, II dan III serta Intake Guar Sanji dan Program Peningkatan Bekalan Air Terawat di LRA Timah Tasoh dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya suku tahun kedua 2025.
“Bagi menyiapkan kedua-dua projek ini, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM45.4 juta,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2025 Perlis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.
Tambah Mohd. Shukri, kerajaan negeri juga akan meneruskan pelaksanaan beberapa projek Bekalan Air Terawat dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.
“Projek ini melibatkan skop penggantian paip lama yang telah usang bagi menambahbaik sistem retikulasi dan bekalan air Perlis dan mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW),” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Mohd. Shukri berkata, bagi meringankan bebanan kewangan anak-anak negeri ini yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun swasta, kerajaan negeri menyediakan sumbangan dana pelajaran berbentuk one-off.
Katanya, sumbangan itu adalah melibatkan pengajian ijazah pertama luar negara (RM2,000); ijazah pertama dalam negara (RM1,200); diploma (RM1,000) dan
matrikulasi/asasi/pra diploma dan lain-lain yang setaraf (RM700). – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source