3,064 aduan ketirisan barang hingga 30 November
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima sebanyak 3,064 aduan berkaitan ketirisan barang-barangan bersubsidi bermula Januari hingga 30 November lalu.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, 1,862 daripada jumlah aduan tersebut melibatkan ketirisan minyak masak yang berlaku untuk tempoh sama.
Menurut beliau, ia juga melibatkan gula (282 aduan), berkaitan diesel (246 aduan), gas memasak (LPG) sebanyak 173 aduan dan berkaitan barang kawalan lain seperti petrol, telur ayam, tepung gandung serta ayam.
“Bahagian Penguat Kuasa dan Pejabat-Pejabat Negeri KPDN seluruh negara telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan termasuk tindakan kes terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Senator Abun Sui Anyit yang memintanya menyatakan jumlah aduan terhadap penyelewengan barang bersubsidi seperti minyak diesel, tong gas, minyak masak dan lain-lain dengan terperinci.
Mengulas mengenai ketirisan di Sarawak, Armizan berkata, sebanyak 16 tangkapan telah dilakukan oleh KPDN Sarawak untuk dalam tempoh yang sama.
Jelasnya, 10 tangkapan melibatkan KPDN Kuching dan enam tangkapan lagi dilakukan oleh KPDN Miri.
“Jumlah tangkapan tersebut adalah sebahagian daripada sejumlah 127 kes yang dihasilkan di Sarawak sepanjang tempoh yang sama,” katanya.
Menjawab soalan tambahan, Ahli Parlimen Papar itu berkata, pada 14 Disember ini satu mesyuarat penyelarasan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Jelasnya, mesyuarat tersebut bagi mencari cara untuk meningkat dan memperkuatkuasakan penguatkuasaan di Sabah, Sarawak serta Labuan.
“Ini termasuklah dalam konteks yang disebut tadi, saya fikir berkaitan dengan pengedaran barang perlu apabila disentuh tentang stok supaya kita (dapat) memastikan aspek ketirisan yang melibatkan penyelewengan dan penyeludupan itu akan dapat kita tangani,” jelasnya.
Tambahnya, KPDN terbuka untuk menerima cadangan daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan pemantauan dalam akar umbi bagi memastikan hak rakyat akan sampai kepada golongan sasar. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source