Piala Asean 2024: Harimau Malaya ‘selisih aib’ sebelum menang
KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya ‘selisih aib’ sebelum melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Timor Leste dalam aksi kedua Kumpulan A saingan Piala Asean 2024 sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara yang dikendalikan oleh Pau Marti Vicente menukar tujuh pemain dalam kesebelasan utama berbanding ketika menentang Kemboja pada Ahad lepas.
Bermula dengan hambar, Harimau Malaya akhirnya memecah kebuntuan selepas meraih gol pembukaan pada minit ke-35 hasil penyudah Syafiq Ahmad selepas menerima hantaran Fergus Tierney.
Namun, keceriaan kem negara tidak bertahan lama apabila Timor Leste yang menduduki ranking ke-196 dunia menyamakan kedudukan menerusi serangan balas pantas yang disudahkan oleh Olagar Xavier.
Gol tersebut menaikkan semangat pasukan pelawat untuk meraih gol kedua menerusi rembatan menarik yang dijaringkan oleh kapte, Joao Pedro sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan.
Bersambung pada separuh masa kedua, Pau Marti membuat pertukaran untuk menguatkan jentera serangan dengan memasukkan Endrick Dos Santos, Hakimi Azim dan Stuart Wilkin.
Percaturan tersebut membuahkan hasil apabila Paulo Josue menyamakan kedudukan menjadi 2-2 selepas menerima hantaran menarik pada minit ke-70.
Timor Leste yang terus bertahan daripada asakan bertali arus Malaysia akhirnya dibolosi buat kali ketiga hasil gol sendiri yang dilakukan oleh Joao Panji Soares pada minit ke-83.
Malaysia berusaha untuk menambah gol tetapi keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat.
Skuad Harimau Malaya selepas ini akan menentang Thailand untuk akso ketiga di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu ini.
Sejak dianjurkan pada 1996, Harimau Malaya hanya pernah sekali muncul juara pada 2010, manakala kali terakhir bergelar finalis sewaktu edisi 2018. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source