‘Hanya Di Malaysia!’ – KLIA 1 Jadi Mini ‘Banjir’ Sebab Air Bocor Dari Bumbung
Fuh! Riuh rendah juga yer bila ada satu kejadian yang tak diduga berlaku di Lapangan Terbang Kuala Lumpur baru-baru ini. Basah habis gais. Negeri-negeri lain sibuk dengan banjir, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pun turut merasa ‘mini banjir’ juga. Memang tak lawak gais.
Walaupun KLIA dikenali sebagai salah satu lapangan terbang paling terkenal di dunia, kemudahan kat sini nampaknya tak cukup ‘prestij’ macam status dia. Hmmm…
Dan sebab ini juga lah pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlukan investor secepat mungkin untuk pastikan semua di upgrade supaya kejadian memalukan seperti ini tak jadi lagi.
Masalah bumbung bocor, pipe gas dan aerotrain ni dan berlaku sejak beberapa bulan lepas lagi. Memang tak boleh dibiar dah gais. Kang jadi lagi teruk.
Air Bocor Dari Bumbung KLIA 1
Dalam video pendek 13 saat tu, pengguna Xiaohongshu (XHS) ini merakam lantai KLIA 1 yang dah mula banjir sikit di area dekat kedai Chanel, sebab air bocor tanpa henti dari bumbung.
Dalam kapsyen, dia ada tulis: “Hujan kat dalam KLIA 1. Tengah lalu kat situ, tiba-tiba nampak kebocoran air paling over.”
Dia tambah lagi, video ni diambil hari Ahad lepas (8 Disember).
‘Macam Air Terjun Dalam Changi Airport’
Di ruangan komen, memang kaw-kaw netizen buat lawak pasal KLIA 1 yang banjir ni. Ada yang tinggalkan komen-komen kelakar.
“KLIA 1 dan Changi Airport Singapura sama-sama ada air terjun.”
“Bukan semua lapangan terbang maju boleh buat benda ni. (KLIA) memang kebanggaan Malaysia.”
Tapi, ada jugak yang rasa malu tengok keadaan lapangan terbang bertaraf dunia macam KLIA ni yang dah nampak usang.
Hmm, apa komen anda?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source