Zii Jia tempah aksi separuh akhir
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengekalkan aksi konsisten pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 selepas mencatat kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan A.
Pada aksi yang berlangsung di Hangzhou, China sebentar tadi, Zii Jia menampilkan corak permainan cukup tenang sebelum menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-19 dalam tempoh 47 minit.
Kemenangan tersebut memastikan bekas juara Asia dan All England itu melangkah ke pusingan separuh akhir selepas merekodkan dua kemenangan, termasuk menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan pertama semalam.
“Sentiasa sukar setiap kali bertemu Antonsen kerana dia menampilkan aksi cukup baik selepas Olimpik. Saya memang sudah bersedia hari ini dan walaupun menang straight set tetapi ia tetap sukar.
“Macam saya selalu cakap, semua pemain mahu melakukan sesuatu dan menang kejuaraan di sini. Semua pemain berdepan intensiti sama tidak kira dengan siapa kami bertemu,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok, Zii Jia dijangka berdepan aksi sukar apabila dijadualkan bertemu pemain tuan rumah, Li Shi Feng yang masih menggalas misi layak ke separuh akhir.
“Saya hanya mahu menikmati perlawanan sahaja. Setakat ini, saya berpuas hati dengan permainan yang ditampilkan,” ujar pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source