Polis, TNB gempur 10 premis judi
KUANTAN: Berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit, kedai aksesori telefon dan pusat memancing udang, namun sebenarnya menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.
Tindakan itu membawa padah kepada 10 premis di sekitar daerah ini apabila bekalan elektriknya dipotong dalam Op Dadu yang dijalankan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, semua premis berkenaan digempur dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya, operasi berkenaan dijalankan bermula pada 12 Disember lalu sehingga hari ini yang mana tindakan berkenaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (pindaan 2001).
“Dalam operasi hari ini ,10 premis yang telah kita laksanakan pemotongan bekalan elektrik di kawasan Kempadang, Sungai Soi, Sungai Isap, Balok dan Gambang. Selain menawarkan aktiviti perjudian, merekamenjalankan aktiviti menjual tambah nilai judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen.
“Premis yang dijalankan pemotongan bekalan elektrik ini adalah merupakan kes-kes yang telah dituduh dan dijatuh hukum di mahkamah. a juga bagi memastikan mereka ini tidak lagi menjalankan aktiviti-aktiviti perjudian ini di masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah premis di Sungai Soi, di sini, hari ini. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source