Jangan ‘curi’ ahli parti lain
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, semua parti yangmembentuk Kerajaan Perpaduan perlu mengelak daripada ‘mencuri’ ahli atau pemimpin parti lain dalam gabungan itu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan parti gabungan itu.
Menurutnya, setiap pemimpin perlu memastikan perjuangan parti menjadi keutamaan dan bukan memanfaatkan kedudukan demi kepentingan peribadi.
“Sebagai langkah terbaik, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya mengambil ahli parti lain dalam gabungan ini. Jika berlaku sebaliknya, pasti akan ada pihak yang terasa hati.
“Oleh itu, eloklah kita bersama-sama menjaga perpaduan dalam kalangan parti komponen untuk memastikan keharmonian terus terpelihara. Kita perlu menjaga perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan ini. Kepentingan rakyat dan negara harus diutamakan, bukan agenda individu,” tegasnya,
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini semalam.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu setakat ini tidak ada menerima borang permohonan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan negara dan memenuhi keperluan industri serta teknologi yang pesat berkembang.
Katanya, TVET bukan sekadar membuka peluang kerjaya kepada golongan muda, tetapi menjadi pemangkin utama untuk merealisasikan aspirasi Malaysia menuju status negara berpendapatan tinggi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, memuji usaha Kolej Ketengah yang komited menyediakan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta TVET kepada pelajarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source