“Saya Tak Duduk Saja, Meniaga Minyak Wangi Pun Salah Satu Usaha” – Zain Saidin
Pelakon Zain Saidin menerusi satu hantaran ‘live’ di TikTok memaklumkan dirinya bukanlah tidak berbuat apa-apa di sebalik kontroversi hutang MARA yang belum dilangsaikan sejak 7 tahun lalu.
Perkara itu dimaklumkan Zain ketika ditanya netizen di siaran langsung TikToknya berkenaan kes isteri yang mempunyai hutang berjumlah RM1 juta bersama agensi tersebut.
Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya.
Kita usaha, siapa yang beli minyak wangi ni, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik.Bukannya kami duduk saja. Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku.
Cuma apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan. Jadi biasalah.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan isteri kerap menayang kemewahan namun terbelenggu hutang oleh netizen, Zain berkata semua itu adalah rezeki dan mereka tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau bersifat riak.
Kami bukan tunjuk mewah dan hanya ambil gambar seperti biasa. Tiada niat menunjuk. Adakah memakai baju raya cantik-cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti tahhan hanya bawa dua pasang baju sahaja?
Mengimbas kembali, agensi MARA memaklumkan bahawa mereka telah menyerbu kediaman Rozita Che Wan gara-gara kegagalan pelakon itu melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM1 juta sejak 7 tahun lalu.
Kehadiran MARA ke kediaman pelakon itu juga bertujuan untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan bagi urusan penyitaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source