Pengantin rugi RM14,000 duit hantaran kena kebas
JAKARTA – Seorang bakal pengantin di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat terpaksa berputih mata apabila wang hantaran yang diberikan oleh tunangnya untuk perbelanjaan majlis perkahwinan hilang akibat dicuri, lapor laman berita Detik semalam.
Menurut Devi Fitriani, dalam kejadian pada 19 November lalu, pencuri yang memecah masuk rumahnya turut melarikan beberapa barang berharga.
“Saya berasa sangat sedih kerana wang hantaran berjumlah 20 juta rupiah (RM5,570) yang diletakkan di dalam sampul beberapa hari lalu dicuri.
“Saya masih belum sempat menyimpan duit itu di bank,” ujarnya.
Tambah Devi, secara keseluruhan, nilai kerugian dalam kecurian itu adalah 50 juta rupiah (RM13,900).
“Barangan yang turut hilang selain wang hantaran adalah duit perbelanjaan ibu saya, barangan kemas 30 gram, komputer riba dan dua tabung duit,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ketika kejadian, rumah itu tidak berpenghuni dan hanya ditinggalkan selama 10 hingga 15 minit.
“Saya sudah melaporkan perkara itu kepada polis dan sibuk menguruskan urusan majlis perkahwinan,” katanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source