21 penghuni tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar
GEORGE TOWN – Kira-kira 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh buah rumah yang mereka diami di Estet Hong Seng, Jalan Mount Erskine di sini musnah terbakar, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang tadi, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kebakaran itu.
“Apabila pasukan bomba dan tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran melibatkan tujuh unit rumah teres (kelas B).
“Anggaran peratusan kebakaran pada ketika ini adalah 80 peratus hingga 40 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini malam tadi.
Menurutnya, kebakaran telah dapat dipadamkan dan seterusnya menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
“Operasi tamat sepenuhnya dan pasukan bomba menyerahkan kes kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, kebakaran itu membabitkan seramai 21 mangsa.
“Pada malam ini, seramai empat keluarga ditempatkan buat sementara di PPR McCallum, satu lagi keluarga akan ditempatkan di PPR Padang Tembak esok.
“Saya akan melawat keluarga yang berpindah ke PPR Macallum esok,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source