Dua lelaki Thailand lepas tembakan ke arah sempadan ditahan
KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Thailand ditahan polis selepas disyaki melepaskan beberapa das tembakan ke arah sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis, Khamis lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, insiden tersebut berlaku pada pukul 10.28 pagi ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang menjalankan rondaan menerusi Ops Taring Wawasan Kedah/Perlis.
“Ketika kejadian, anggota PGA terbabit segera mencari perlindungan selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka.
“Tiada kecederaan dilaporkan, dan bantuan segera diterima daripada Pasukan Risik Batalion 1 PGA serta kenderaan perisai,” katanya hari ini.
Beliau memaklumkan, jarak tembakan dilepaskan dianggarkan sejauh 66 meter dari kawasan sempadan Padang Besar.
“Susulan kejadian, langkah kawalan di sempadan dipertingkatkan, termasuk arahan pemakaian baju kalis peluru dan helmet balistik kepada semua anggota bertugas.
“Pemantauan turut dijalankan menggunakan dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit,” katanya.
Menurut Razarudin, hasil rakaman CCTV menunjukkan dua suspek menaiki skuter bernombor pendaftaran Thailand dipercayai datang dari kawasan kebun getah.
“Mereka berhenti, mengeluarkan pistol, dan melepaskan kira-kira 10 das tembakan sebelum beredar,” katanya.
Tambah beliau, polis Thailand dari cawangan jenayah berjaya menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Padang Besar, Thailand, kira-kira pukul 10.40 pagi, Jumaat lalu.
Kata Razarudin, soal siasat mendapati suspek lelaki berusia 21 dan 28 tahun itu mengaku meminjam pistol semi auto daripada seorang rakan mereka.
“Tujuan mereka adalah untuk mencuba senjata tersebut sebelum melepaskan tembakan ke arah sempadan Malaysia,” jelasnya.
Menurut Razarudin, pistol itu dipercayai telah dikembalikan kepada rakan suspek dan siasatan kini diteruskan oleh pihak polis Thailand bagi mengesan senjata api berkenaan.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source