Kerjasama SIC, TP-Link tawar sistem rumah pintar
SHAH ALAM – Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) menjalin kerjasama dengan TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd (TP-Link) bagi menyediakan sistem rumah pintar di negeri ini.
Jalinan strategik melibatkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu dimeterai menerusi penyerahan surat hasrat (LoI) hari ini.
Pengurus Besar Pembangunan Bandar Pintar SIC, Md. Fauzan Elham @ Alhim berkata, kerjasama itu bertujuan memperkenalkan Tapo iaitu sebuah jenama rumah pintar terkenal kepada pemilik kediaman di Selangor.
Jelas beliau, pembeli rumah dapat meningkatkan ruang kediaman dengan pelbagai peranti inovatif seperti kamera keselamatan, pencahayaan pintar, alat automasi dan vakum robot.
“Ia dijangka dapat mentakrif semula pengalaman membeli rumah dengan mengintegrasikan kehidupan moden dan teknologi pintar.
“Kerjasama itu selaras komitmen SIC dalam menawarkan pengintegrasian teknologi terkini selaras gaya hidup pemilik rumah masa kini,” katanya selepas majlis menandatangani LoI itu di Ibu Pejabat PKNS di sini, hari ini.
Pemeteraian itu disempurnakan antara beliau dan TP-Link yang diwakili Pengarah Wilayahnya, Hugo Cai.
Menurut Md. Fauzan, kerjasama itu menjadi langkah signifikan kedua-dua pihak sekali gus membuka laluan kepada kolaborasi dan inovasi pada masa depan- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source