Menteri alumni UM dicadang sumbang dana RM10,000
PETALING JAYA: Semua menteri Kabinet yang terdiri daripada alumni Universiti Malaya (UM) dicadangkan agar menyumbang sebanyak RM10, 000 bagi dana University Malaya Endowment Fund (UMEF) .
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut dapat membantu mengurangkan bebanan kerajaan dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan institusi berkenaan.
“Bermula dengan alumni UM yang terdiri daripada jemaah menteri, kita akan mulakan dana wajib sebanyak RM10,00 seorang.
“Dan saya percaya setiap graduan UM yang sumber pendapatannya lebih RM10,000 harus menghulurkan RM1, 000 kepada UMEF. Kalau dikumpulkan keseluruhannya, saya percaya kita mampu capai sasaran RM500 juta dan mempunyai dana lebih besar,” katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor UM di sini malam ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah turut berkenan berangkat dalam majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 alumni UM.
Baginda yang merupakan Canselor Universiti Malaya disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Sementara itu Anwar yang juga Penaung Persatuan Alumni UM berkata, cadangan tersebut bukan bermakna kerajaan mahu mengambil sikap lepas tangan bagi menyalur peruntukan kepada institusi berkenaan.
Sebaliknya kata beliau, ia merupakan langkah meringankan bebanan kerajaan yang mewarisi hutang pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Saya tidak mahu melepaskan tanggungjawab pemerintah tapi seperti kita tahu ada batas disebabkan kita mewarisi keadaan ekonomi yang tidak diuruskan secara bertanggungjawab.
“Malah negara lebih terkenal dengan kelemahan tatakeolala sehingga bebanan hutang mencecah RM1.5 trillion pada ketika itu ,”ujarnya.
Sebagai rekod antara alumni UM yang kini menggalas jawatan menteri kerajaan pimpinan perpaduan antaranya,Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook;Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said;Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming;Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source