Pengasuh taska ditahan, disyaki punca lebam bayi
SUNGAI BULOH – Seorang pengasuh wanita berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai mencubit pipi dan telinga seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga lebam di sebuah taska di Puncak Alam, di sini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, penahanan dibuat selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada pukul 1.16 tengah hari, kelmarin.
“Pengadu memaklumkan bahawa isterinya mendapati kesan lebam pada pipi dan telinga kanan anak mereka selepas mengambil bayi itu dari taska berkenaan kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat lalu.
“Pada awalnya, pengasuh memberi alasan bahawa lebam tersebut berpunca daripada bayi terjatuh dari meja.
“Namun, penyelia taska kemudian menghubungi pengadu pada pukul 7.30 malam dan memaklumkan bahawa kesan lebam itu sebenarnya disebabkan oleh tindakan pekerjanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, Mohd Hafiz memaklumkan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut sebelum laporan polis dibuat.
Tambah beliau, suspek ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada pukul 6.50 petang dan kini direman selama empat hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source