Dua terbunuh, dua parah kemalangan di pusingan U
ALOR SETAR – Dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan jenis Mercedes Benz dan Hyundai Matrix berdekatan pusingan U di Jalan Lencongan Barat, di sini malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, seorang lelaki maut di lokasi kejadian dengan mayat mangsa masih berada di atas bumbung Mercedes Benz.
Seorang lagi mangsa wanita berada di atas jalan selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan.
Dua lagi mangsa lelaki mengalami kecederaan parah.
Sementara pemandu Hyundai Matrix difahamkan mengalami kecederaan ringan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan II Salim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 8.53 malam tadi.
“Sebaik tiba di lokasi kita mendapati kemalangan melibatkan kenderaan jenis Mercedes dan Hyundai. Terdapat empat mangsa dengan dua daripadanya disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan ambulans KKM,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source