Kucing hilang empat kaki, mati akibat serangan anjing liar
KUALA LUMPUR – Siasatan polis mendapati kematian sekor kucing yang didakwa diperlakukan dengan kejam di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, semalam dipercayai akibat serangan anjing liar.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berkaitan kejadian sebelum itu dibuat di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.20 petang.
“Saya mengesahkan pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu satu siasatan lanjut telah dijalankan. Kita dapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing-anjing liar di kawasan itu.
“Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial berkaitan seekor kucing didakwa diperlakukan dengan kejam apabila dibelah perut selain keempat kaki telah dipotong di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Susulan itu, hantaran terbabit turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source