Liga Super: JDT berhempas pulas jinakkan Tok Gajah 3-1
ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhempas pulas untuk menjinakkan skuad Tok Gajah 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan JDT mengutip 46 mata daripada 16 perlawanan, melebarkan kedudukan kepada 11 mata daripada pencabar terdekat, Selangor FC yang mengutip 35 mata.
Selaku pasukan pelawat, anak buah Hector Bidoglio bekerja keras cuba meruntuh benteng pasukan Sri Pahang FC (SPFC) namun gerakan demi gerakan yang dilakukan dipatahkan pertahanan lawan.
Anak buah Fandi Ahmad berjaya menahan asakan bertali arus skuad Harimau Selatan apabila hanya membenarkan pasukan lawan melakukan hanya dua percubaan tepat ke arah pintu gol.
Penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin bertindak cemerlang menafikan dua percubaan tepat oleh Oscar Arribas pada minit ke-23 dan ke-25 bagi memastikan tiada jaringan berjaya dihasilkan pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan yang berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Juan Muniz terkena bahagian belakang badan Adam Nor Azlin lalu melintasi garisan gol pada minit ke-48.
Jaringan itu memberi tonik buat Harimau Selatan bagi menggandakan asakan bagi mencari kedudukan selesa.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source