Mengaku Bersalah Lakukan Amang S*ksual, PU Azman Dipenjara 7 Tahun & 2 Kali Sebatan
Pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua orang remaja lelaki, dua tahun yang lalu.
Terdahulu, PU Azman atau nama lengkapnya Azman Syah Alias mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa dan kelihatan tenang ketika berada di kamar mahkamah.
Menurut Kosmo, Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu terhadap tertuduh selepas mengambil kira fakta kes dan juga faktor pemberatan selain rayuan yang dikemukan oleh kedua-dua belah pihak serta mengambil kira kepentingan awam melebihi faktor peribadi.
Walau bagaimanapun, hukuman pemenjaraan itu berjalan secara serentak bermula dari tarikh tertuduh dijamin pada 9 Oktober lalu.
Mahkamah turut menetapkan penceramah itu untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Difahamkan, mengikut empat pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam, Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah yang mewakili penceramah itu dalam rayuannya memberitahu, anak guamnya adalah seorang duda dan sebelum kes tersebut merupakan pendakwah selebriti dengan pendapatannya diperoleh dengan berkongsi ilmu agama.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source