Robot sumo Jepun tidak sempat mengucap
PETALING JAYA – Baru masuk tidak sempat ‘mengucap’, terus terkeluar gelanggang. Itu yang digambarkan sewaktu pertembungan antara pasukan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dengan peserta dari Jepun pada kejohanan robotik iaitu Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) 2024.
Menerusi video dikongsikan pada Facebook Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team memperlihatkan pasukan TKC berentap dengan salah satu pasukan dari negara matahari terbit itu iaitu Japan Unit2 melibatkan kategori robot seberat tiga kilogram.
Video itu menunjukkan robot pasukan TKC dengan mudah menolak keluar robot daripada pasukan Japan Unit2 yang kelihatan ‘kaku’ serta tiada pergerakan.
Perkara sama terjadi untuk kali kedua apabila robot TKC sekali lagi berjaya menolak keluar robot Japan Unit2 dari gelanggang dan berulang kembali untuk kali ketiga.
TKC kemudian diumumkan sebagai pemenang pada salah satu pusingan sewaktu bertembung dengan Japan Unit2.
Dalam masa sama, orang ramai memuji penyertaan pasukan dari Malaysia terutama TKC ke kejohanan tersebut.
“Bila ada media sosial, dah nampak lah kehebatan orang-orang Malaysia. Tahniah TKC terbaik,” komen seorang pengguna Facebook.
“Malaysia boleh, pendedahan seperti ini perlu diteruskan supaya anak didik sekarang lebih maju untuk masa depan negara,” kata seorang lagi pengguna Facebook. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source