Siti Elizad Syukur 10 Tahun Kahwin Tak Pernah Dimarahi Suami
Sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Siti Elizad berkata dia reda seandainya jika tidak diberikan rezeki zuriat.
Memetik Harian Metro, Elizad berkata meskipun tidak dikurniakan cahaya mata namun Allah sudah memberikan kehidupan yang baik dalam rumah tangganya dengan suami, Shamsul Baharin Rahman.
“Saya dapat tengok, Allah dah bagi semua. Salah satu di antaranya, sepanjang 10 tahun perjalanan saya dengan suami (dalam rumah tangga), cerita yang betul adalah saya tak pernah dimarahi oleh suami.
“Malah, kami tidak pernah bergaduh besar. Tapi, bila saya berjumpa dengan kawan-kawan ada yang meluahkan mereka bergaduh dengan suami, tak bercakap dengan anak. Saya pula tak ada pengalaman itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elizad yang ebelum ini dia sudah menyediakan bilik untuk anak-anak dengan kelengkapan katil bertingkat berkata sudah memberikan semua barangan tersebut kepada rakan-rakannya.
“Sebenarnya, saya sudah lama menyiapkan bilik untuk anak-anak di rumah dengan kelengkapan katil bertingkat sebab fikir akan ada anak ramai nanti, sepanjang 10 tahun ini.
“Namun, hingga kini impian saya memiliki anak sendiri belum dimakbulkan oleh Allah dan saya buat keputusan memberikan katil itu kepada kawan-kawan. Saya tidak mahu berterusan rasa sedih,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source