Anak mula bersekolah, saya janji beri kerjasama – Along Cham
SEPANG – Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram minggu lalu.
Along Cham atau sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Amir Affendy Hamzah dan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Di Mahkamah Sesyen tertuduh telah didapati dalam milikannya disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya di sini pukul 3.10 petang pada 14 Disember lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam Mohd. Fadly Hashim.
Bagaimanapun semasa prosiding, Along Cham membuat rayuan sendiri bagi diberikan ikat jamin.
“Saya merayu jaminan kerana ada anak mula bersekolah, saya merayu saya ada anak, saya janji, sumpah akan beri kerjasama,” katanya.
Bagaimanapun, Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
“Jaminan tidak dibenarkan, peruntukan undang-undang telah nyatakan kes ini tidak boleh dijamin. Kes ini tidak boleh dijamin, jika peruntukan undang-undang menyatakan boleh dijamin, bolehlah saya pertimbangkan.
Justeru Hakim Amir Affendy tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
Sementara di Mahkamah Majistret, Along Cham didakwa dan mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan sama membabitkan anggaran berat dadah jenis sama 2.07 gram pada tempat, waktu dan tarikh
serupa.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Ain Madihah Zulkifli tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen yang tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun peguam Mohd. Fadly memohon dibenarkan ikat jamin kerana anak guammnya perlu menyara seorang isteri dan empat anak.
Majistret Muhammad Bukhori kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah isteri selebriti itu, Afreena Suhaimi, 32. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source