Kenderaan berat dilarang guna laluan Bukit Tambun tahun depan
SEBERANG PERAI – Kenderaan berat melebihi lima tan dan ke atas dilarang menggunakan beberapa jalan utama di Bukit Tambun pada waktu puncak, berkuat kuasa 3 Februari tahun depan.
Langkah yang diputuskan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu akan mula berkuat kuasa terhadap kenderaan berat kecuali kepunyaan kerajaan atau badan-badan berkanun, dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.
Laluan yang terlibat adalah di Jalan Bukit Tambun iaitu dari persimpangan Jalan Perindustrian Bukit Minyak hingga Tol Bukit Tambun (Utara) dan Jalan Pa Thau – Paboi, Bukit Tambun.
Datuk Bandar, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, dua waktu yang tidak dibenarkan untuk kenderaan berat masuk adalah pada pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan 5 petang hingga 7 malam .
“Laluan alternatif dari arah Utara dan Selatan boleh digunakan iaitu susur keluar Juru dan Tol Bandar Cassia.
“Bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri (arah Utara), pengguna boleh melalui Jalan Tok Kangar ke Jalan Perindustrian Bukit Minyak 8 atau Jalan Perindustrian Bukit Minyak ke Jalan Kendi atau Jalan Persekutuan ke Jalan Perusahaan Valdor.
“Bagi pengguna dari arah Selatan, mereka boleh menggunakan Jalan Persekutuan, Jalan Negeri atau Jalan Perusahaan Valdor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, pelaksanaan larangan kenderaan berat bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan kelancaran lalu lintas di Jalan Bukit Tambun pada waktu puncak.
“Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik aliran lalu lintas dan mengurangkan kesesakan di kawasan bandar,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source