Catcha Digital Beli 60% Saham Syarikat Media Digital Automotif Terkemuka, Drive 2 Digital Bernilai RM16.2 Juta
Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) mengumumkan bahawa anak syarikat yang dimiliki oleh mereka, iMedia Asia Sdn Bhd (iMedia) telah menandatangani perjanjian penjualan saham sebanyak 60 peratus dalam Drive 2 Digital Sdn Bhd (D2D) bernilai RM16.2 juta.
Bayaran itu akan dilaksanakan secara ansuran sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 bulan dan bergantung kepada pencapaian keuntungan selepas cukai (PAT) yang dijangka.
Pembelian strategik ini menandakan perkembangan Catcha Digital ke sektor media digital automotif, khususnya kandungan automotif bahasa Cina dan Melayu. Urus niaga ini dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Catcha Digital pada masa akan datang.
D2D diasaskan oleh Dannis Tan Boon Fhong selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Jackie Wong Yong Wee, Ketua Pegawai Operasi pada 2018 dan telah mendatangkan keuntungan sejak ia ditubuhkan.
Merupakan salah satu syarikat media digital automotif terkemuka di Malaysia, D2D menguruskan empat jenama media automotif terkenal, Automachi, Auto123, Careta dan Mekanika.
Rangkaian ini telah menarik ramai peminta dan jenama automotif dengan gabungan capaian bulanan kira-kira 10 juta ‘web visit’, 32 juta ‘reach’ di Facebook dan 45 juta tontonan video merangkumi Instagram, TikTok dan Youtube.
Jumlah capaian ini selari dengan capaian bulanan Catcha Digital sedia ada iaitu sebanyak 20 juta di seluruh laman sesawang dan semua saluran media sosialnya.
Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata gabungan kepakaran automotif D2D dan keupayaan iMedia akan dapat mencipta peluang yang menarik memandangkan industri automotif kini semakin beralih ke saluran digital.
D2D telah membina prestasi yang mengagumkan dalam kandungan automotif Cina dan Melayu serta mempunyai hubungan yang kukuh dengan jenama-jenama terkenal seperti Mercedes-Benz, Mazda, Toyota, Honda, BYD, Continental dan Michelin.
Bersama-sama, kami mempunyai kedudukan unik untuk mentakrifkan semula cara jenama automotif untuk berhubung dengan pengguna di seluruh ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama D2D, Dannis Tan Boon Fhong berkata kerjasama dengan Catcha Digital membuka peluang baru untuk pertumbuhan D2D. Ujarnya lagi, kerjasama ini juga akan mempercepatkan rancangan D2D untuk berkembang dalam pelbagai cara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source