Krisis Manchester City belum pulih
LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola secara jujur mengakui beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kejatuhan prestasi pasukannya yang kini berada dalam krisis terburuk di bawah kendaliannya.
Dalam 11 perlawanan terakhir, City mencatat tujuh kekalahan iaitu statistik yang sukar diterima oleh kelab sebesar mereka dan situasi itu memuncak apabila tewas 1-2 kepada Manchester United, meskipun mendahului 1-0 sehingga minit ke-88.
Kekalahan itu, hasil daripada kesilapan Matheus Nunes dan kerapuhan pertahanan sekali gus mengundang kritikan daripada pemain senior seperti Bernardo Silva yang menyifatkan pasukan bermain seperti skuad bawah 15 tahun.
Bagaimanapun, Guardiola sentiasa mengambil pendekatan bertanggungjawab, menyatakan kegagalan tersebut berpunca daripada dirinya.
“Kesilapan sama terus berlaku dan ia tanggungjawab saya sebagai pengurus. Saya sepatutnya mencari jalan penyelesaian, tetapi saya gagal melakukannya.
“Ini kelab besar dan jika anda kalah lapan daripada 12 perlawanan, ia menunjukkan sesuatu yang serius. Saya boleh salahkan jadual padat atau kecederaan pemain, tetapi itu semua alasan,” kata Guardiola.
Guardiola turut menjelaskan bahawa masalah di City bukan sekadar kesilapan individu, tetapi kerumitan isu taktikal dan mental yang berbeza-beza dalam setiap perlawanan. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source